Saturday, July 9, 2011

12. Kain Batik Jawa @ Batik Lepas??

batik dr pakcik gugel

kain batik?? hammagad.. mmg kain yg menakutkan masa L remaja dulu.. mau tak nyer.. kalau disuruh pakai kain batik je mulalah cari alasan takut terlondeh la.. tersempat kaki sendiri la.. susah nak jalan la.. huish.. byk betul alasan nya..padahal alasan yg utama nyer ialah..... aku mmg la tak pandai pakai kain batik ni.. lepas ke berjahit ke..mmm...mmg kalau kena pakai jugak, meraban la cari talipinggang nak ikat walaupun nak bawak pakai tidor je...huhu.. dasat betul kan..

tapi skang ni dah tak macam tu lagi.. maklum la dah beranak 3 kaaannn.. kalau tak pandai jugak, tak tau la nak kata apa.. tapi apapun, kain batik ni jatuh ke tangga yg keberapa selepas diberi pilihan antara seluar panjang or seluar track, atau baju kelawar.. (wuarrrrghhh.. lama betol tak pakai kelawar ni.. dah bertahun.. asik nak BF je..susah la nak bukak2 kan..kan..?? hehe) bila cuaca agak la tidak menahan, mmg L akan cari kain batik utk dipakai ala-ala seniwati Latifah Omar tu..hikhik.. cekci nyer...tp dalam umah je la.. ko giler nak p bandar pakai kemban cenggitu??

eh.. sebenar nya nak cite pasal apa ni ek?? oh ya.. kain batik tu saja nak menyelit jer.. yg sebenar nyer nak gtaw, petang tadi L ada buat batik tapi tak sama la cam gambar kat atas tu... L buat kek "batik" tapi versi guna biskut jejari.. moolat2 la bentuk nya.. haha.. mmg takde kena mengena langsung ngan tajuk kan.. cam biasa jom intai apa yg L buat kat dapur tadi..sebelom tu resepi ni L dapat dr rakan fb di kongsi resepi Zuriana Abd Latip.. bila intai2 ramai yg buat kek ni..antara nyer : HaSueSheilaKak AmHana..

bahan2 utama
Resepi Asal: Zuriana Abd Latip 

Bahan-Bahan untuk buat Kek Batik Polkadot

1/2 buku buttercup (L guna buttermas 125gm)
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
2 biji telur
1/2 cwn milo + 1/2 cwn serbuk koko (L guna semua koko..milo takde)
1/2 cwn susu pekat
200gm biskut jejari

Cara-cara:
:: pukul telur, butter, gula & susu pekat hingga sebati
:: masukkan milo + serbuk koko & tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
:: kemudian masakkan dalam kuali dgn api sederhana perlahan sehingga adunan bertukar warna
:: kacau selalu. tutupkan api & patah2kan biskut jejari dan gaul rata dalam adunan td.
:: *boleh tambah coklat cip jika suka
:: Isi ke dalam bekas/loyang yg dilapik plastik lalu tekan2 & mampatkan adunan tersebut
:: Simpan dalam peti sejuk selama 4jam dan kemudian bolehlah dipotong

**Ketika nak meratakan/mampatkan permukaan adunan, sarungkan tangan dgn plastik supaya adunan tak melekat pada tgn dan tekankan perlahan-lahan.

ok, tamat sudah sesi penerangan bahan2 dan cara buat.. skang jom intai cemane L buat step-by-step pulak..

ni la rupa biskut jejari yg L guna.. ada lg jenis lain tp  ni salah 1


Step1 :: pecahkan 2bj telur dalam mangkuk 
Step2 :: masukkan gula
Step3 :: kemudian masukkan butter
Step4 :: pastu masukkan pula susu pekat


Step5 :: guna whisk utk sebatikan adunan
Step6 :: adunan akan jadi sedikit likat
Step7 :: masukkan pula serbuk koko
Step8 :: kacau utk sebatikan adunan


Step9   :: masukkan pula tepung sikit2 sambil kacau
Step10 :: adunan akan bertambah pekat dan likat seperti gambar atas
Step11 :: letakkan atas dapur n guna api kecil..perlahan jer..kalau tak nt dpt pnggilan hangit lak..
Step12 :: adunan akan bertukar warna jadi gelap sikit.. blh padam api..

ok, sekarang tiba masa untuk buat batik nyer.. sediakan keperluan yg patut yer.. :)


Step13 :: lapik loyang dgn plastik
Step14 :: masukkan adunan yg siap masak td dlm loyang..L isi 2 senduk kecil..ratakan..
Step15 :: susun biskut jejari.. ikut sukahati nk susun cemane pun janji nt nmpk dot2nya bila diptg
Step16 :: lapiskan lg 2senduk kecil atas biskut td
Step17 :: ratakan lagi supaya kemas
Step18 :: susun lagi biskut hingga habis
Step19 :: habiskan adunan dan ratakan
Step20 :: ratakn cantik2 biar nmpk licin & kemas..mampatkn adunan td supaya biskut tu bersalut sebati
Step21 :: L potong biskut jejari tu kecil2 n tepek2 atas kek tu nak kasi corak.. blh juga hias dgn hiasan lain..

hasil nya setelah siap..

ni lah hasil nyer kek batik polkadot yg L buat tadi.. da malam baru dapat makan.. lampu pun suram jer..hehe.. sedap kek ni cz tak manis sgt.. tekstur nyer lembut dr kek batik biasa @ lapis yg L penah buat dulu.. beza nyer adunan ni guna tepung.. tak boleh biar lama pada suhu bilik, kek akan lembik so pas potong, simpan la semula dalam petisejuk..amacam?? taknak try buat ke? budak2 mst suka sebab ada coklat n biskut.. mak budak n bapak budak pun sama naik jugak la.. untuk mencuci mata kali akhir, cam biasa, marila kita berposing2 ngan KEK BATIK POLKADOT nih..

KEK BATIK POLKADOT

Selamat Mencuba...

6 comments:

Unknown said...

nampak sedap je kek batik polkadot tu...

Ell Joella said...

nampak sedap, rasa pun not bad..hehe.. leh la try.. sebab kek batik ni gna tepung..tekstur dia soft lagi dr kek batik biasa..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam kenal dan salam raya.Akak follow.jika sudi jenguk la dapur akak ya.

Ell Joella said...

thanks sudi singgah n follow.. L da follow akak jugak..best2 makanan kat sana.. nt blh la L try.. :)

Linda Ilias said...

assalammuailaikum wbt...

Saya klau buat kek batik guna biskut marie je..x terfikir pulak guna biskut jejari..:D

Linda Ilias said...

nk tanya ckit..guna biskut jejari brand apa yea..nmpk mcm besar size je ni

Post a Comment