Thursday, July 7, 2011

11. Paratha Apple Pie ala-ala..

kalau terasa nak mamam McD punya apple pie apa kata fikir sejenak..haha.. nak kena keluar, beratur dan dapat beli satu je kan? (melainkan kalau korang bli lebih la..) kat sini nak tunjuk cara jimat.. tu pun kalau tahap kerajinan anda sederhana tinggi.. tak perlu tinggi melangit... malas cakap byk nanti kang boring lak.. kita layan la step-by-step yg L buat nih.. takde la pandai sgt..tp suka la klik2 bila masak kan.. so ini lah hasil nyer.. resepi ni L ikut K.Jee punya resepi.. tang inti tu.. L ada 2-3 resepi tapi saja la tukar2 kan.. meh tgk dulu..

bahan-bahan utama
ok..kat atas ni bahan2 utama utk buat Paratha Apple Pie Ala-Ala.. jom tgk apa dia..L kopipes k.Jee punya resepi kat sini yer..


BAHAN2NYA:


1 peket puff pastri jenama kawan.  
(L guna 3 kpg roti paratha jenama Kawan)


2 biji apple merah 
(L guna 2bj epal hijau sebab warna tu je ada dalam peti) 


¼ cawan gula perang/brown sugar (kalau nak manis tambah lagi)


2 sudu besar tepong gandum


1 sudu besar juice lemon 
(kalau epal hijau masam, tak perlu isi..nt lg masam)


1 sudu kecik serbuk kayu manis (guna blender kering untuk blend kayu manis atau tumbuk guna lesung) 
(L gna serbuk yg jual kt bakery)


1 butir telor

CARA MEMBUATNYA:

-Pastri diletak dalam suhu bilik sekurangnya 10 minit. 

-Apple dikupas kulit dan didadu kecik2. bubuh apple dalam mangkuk dan masukkan gula, jus lemon dan serbuk kayu manis. kalau nak manis lagi tambahlah satu sudu besar gula lagi. 
-pastu masukkan sedikit demi sikit tepung sambil kacau. 
-letak satu sudu (agak2) campuran apple keatas sekeping pastri dan lipat dua. 
-tekan2 dengan garfu di hujungnya supaya melekat. 
-pastu toreh2lah di permukaannya ikut suka. 
-lepas tu, diberus dengan telor yang telah dipukul dan dicampur dengan sedikit butter/marjerin. 
-bakar dalam oven suhu 180 selama 20 minit.


(NOTA: MAKSUD KJEE GUNA INTI MENTAH IALAH, BIASANYA RESIPI APPLE PUFF ATAU APPLE TART GUNA INTI YANG TELAH SIAP DIMASAK. MACAM INTI ORANG BUAT TART NENAS. TAPI UNTUK RESIPI KJEE NI, INTINYA TAK PAYAH MASAK. MASAKNYA HANYA SETELAH DIMASUKKAN DALAM OVEN. TAK PAYAHLAH BUANG MASA MASAK SAMPAI DUA KALI) 


ok.. kat atas da tepek resepi yg L amik dr blog k.Jee.. sama je cuma L tukar roti n epal tu jer.. ni gambar jelas yg L buat... jom mengePuff.. :)


Step1 :: potong epal jadi dadu kecil 
Step2 :: campurkan gula perang
Step3 :: masukkan serbuk kayu manis


Step4 :: tambahkan jus lemon (jika perlu..)
Step5 :: kacau bg rata n sebati
Step6 :: masukkan tepung sedikit2
Step7 :: kacau lagi bg sebati dgn campuran tepung tadi

Bila inti puff da siap, skarang meh kita sediakan kulit nya pula.. pastikan kulit roti ni da lembut baru letak inti.. kalau keras nt bila lipat dia patah pulak..


Step8   :: potong roti paratha jadi 2
Step9   :: ltkkan 1sudu inti ditgh2. kalau blh jgn smpai melimpah ke tepi nt kulit terbuka bila bakar
Step10 :: lipatkan kulit dr sisi ke sisi
Step11 :: tekan2 sket dgn jari bagi kulit tu melekat
Step12 :: guna hujung garfu utk tekan keliling roti tu kasi kemas
Step13 :: buat keliling roti tu


Step14 :: gunting kulit roti dgn hujung gunting.. kalau taknak gunting boleh belah tak putus..
(ada satu step tercicir..pas gunting ni, sapu kulit roti ngan telur yer..)
Step15 :: roti da siap bakar.. pun tercicir gambar yg siap kelim n sapu telur...ampuuun..
Step16 ::ni bukan step dah.. gambar2 yg kuar dr oven..panas2 lg tuh..
Step17, 18, 19 :: posing la cemane pun nak buat kan.. hehehe.. 

agak2 korang nak buat tak utk makan petang or malam ker? cuba lah.. senang sgt n sedap pulak tuh.. tak puashati?? tu tak menyelerakan lg ker? hadduuuiihhh.. layan je la yg ni pulak.. kesian kaaan..nah amik..



hah ko.. ambik.. nganga luas2.. tapi...
CAUTION!!!! filling is hot eaa.. :) 

Selamat Mencuba..

3 comments:

maNis said...

Assalamualaikum L,Apple Pie ni mmg pebeeret nih. Mohon follow resepinya yang. Akak akan post dlm blog akak bila berjaya membuatnya ptg ni, Insyaallah.

Ell Joella said...

wa'alaikummussalam..
silakan..silakan.. baru g terjah blog akak td.. emm, sgt gebuzzz..tahniah n tima kasih sudi cuba.. :)

Kjee said...

lama dah kjee tak buat. teringin lak nak buat. thnx bagi idea buat guna prata sebab stok ada dalam fridge. hehehe

Post a Comment